THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

waktu malaysia

25 March 2009

Merealisasikan Penggunaan ICT

Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari saya akan menerapkan penggunaan ICT ni pada mulanya di peringkat pengurusan sekolah di mana saya akan terapkan budaya menggunakan Moodle seperti yang digunakan dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini. Bermula dari gerak kerja aktiviti sekolah sehinggalah kepada untuk mengutarakan cadangan kepada pihak pentadbir. Selain itu juga penggunaan Multimedia ini akan digunakan semasa mesyuarat guru untuk pembentangan. Ianya tidaklah dilakukan secara drastik tetapi secara berperingkat- peringkat. Mungkin boleh dimulakan dengan perisian yang mudah dahulu iaitu Powerpoint yang menarik agar dapat membuka minda guru mengenai manfaat dalam memanfaatkan perkakasan ICT. Pengurusan bilik darjah dan makmal komputer yang berkesan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, menarik dan menyeronokan. Berdasarkan pernyataan dan keperluan di atas, saya akan menghuraikan tentang cara bagaimana untuk merealisasikan hasrat perlaksanaan program pembestarian sekolah yang diharapkan dapat memberi ilham dan membantu guru mempertingkatkan cara mengajar dan murid belajar, cara guru menilai dan menaksir kebolehan murid serta cara pentadbir sekolah mengurus dan mentadbir sekolah.
Sebagai seorang guru bestari saya perlu menukar peranan di dalam bilik darjah elektronik, dari menjadi pembekal maklumat bertukar kepada fasilitator untuk menolong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran mereka dalam memilih punca-punca matlumat yang sesuai dan baik.
Saya harus berperanan dan menjadi seperti yang berikut:

• Pemimpin yang konstruktivist
Penggalak pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pencetus pemikiran pelajar

• Pendidik yang inovatif dan kreatif
Mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran

• Mahir menggunakan teknologi multimedia
Saya hendaklah sentiasa mementingkan kemahiran ICT, kreatif dan inovatif dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran

• Pengguna komunikasi yang cekap
Saya haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan agar segala ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan jayanya

• Penguasaan ilmu yang mantap
Menguasai ilmu dalam bidang yang diajar adalah prasyarat yang penting untuk menjadi guru yang berkesan dalam sekolah bestari

• Pemupuk nilai yang gigih
Saya harus menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan ilmu yang diajar dari aspek nilai murni. Lebih penting dari itu saya hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tindakan dan tingkahlaku.

Saya juga akan memastikan guru-guru lama dan baru perlu dilatih cara menggunakan komputer. Guru juga perlu ditunjukkan cara mereka boleh mengintegrasikan komputer ke dalam pelajaran.
Guru perlu dimahirkan tentang cara menyampaikan pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan. Yang lebih penting ialah cara mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di mana pelajar lebih seronok belajar dengan komputer.
Guru-guru perlu diberi pendedahan dan dilatih supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru yang inovatif berkemampuan menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital yang menarik dan interaktif. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi daripada internet. Selain itu kamera digital juga boleh digunakan untuk menghasilkan Big Book dalam bentuk persembahan Powerpoint ketika mengajar dan membina soalan interaktif seperti mengisi tempat kosong, memadankan kata serta soalan aneka pilihan.
Untuk menjadikan bahan mengajar menjadi lebih menarik, beberapa permainan interaktif berkaitan dengan subtopik boleh diakses daripada laman web, kemudian diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengelakkan guru tidak dapat menghabiskan sukatan, bahan-bahan peperiksaan oleh diselitkan dalam pengajaran. Guru boleh menyesuaikan penyampaian pedagogi dengan pendekatan ICT dan konvensional. Pendekatan integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran boleh menjadikan pelajar-pelajar lebih ceria dan boleh menarik minat murid-murid yang lemah memberi tumpuan dalam bilik kelas.. Contohnya guru boleh menyampaikan bahan pengajaran yang sukar difahami dengan bantuan paparan multimedia.
Saya juga harus membangunkan perisian sendiri untuk pengajaran secara simulasi dan animasi. Malahan, sesi soal jawab dengan menggunakan Powerpoint dan Excel juga boleh diamalkan untuk menilai kefahaman pelajar dalam dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

0 comments: