THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

waktu malaysia

25 March 2009

Tranformasi dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin penting. Semakin banyak syarikat swasta dan institusi pendidikan menyediakan teknologi bercorak pendidikan. Sistem pendidikan harus bersedia menghadapi era baru ini. Begitu juga dengan guru- guru alaf baru terutamanya guru Pendidikan Islam haruslah bersama- sama melalui tranformasi tersebut agar dapat memartabatkan lagi profession perguruan kerana banyak kelebihan yang ada dalam kemahiran abad 21 melalui teknologi.
Antara kelebihan teknologi terbaru ialah :
Muatan CD ROM lebih banyak . CD ROM akan menggantikan buku pada satu masa nanti. CD ROM lebih judah dibawa nipis dan murah. Semua komputer memiliki pemacu CD ROM. Segala pelajaran, nota pelajaran, soalan dan kuiz-kuiz pendidikan tersedia dalam CD ROM. Teknologi CD Writer pula menulis segala bahan ke dalam CD ROM. Disket mungkin tidak akan dipakai lagi. Oleh itu perubahan pendidikan harus mengambilkira perubahan teknologi dalam jangka masa 10 ?20 tahun akan datang.
Multimedia
Multimedia bermaksud pelbagai unsur dimasukkan dalam pesembahan. Antaranya ialah gambar, bunyi , animasi , kuiz dan pelbagai aktiviti lain.
Kameran Digital dan Perakan Video Digital
Penggunaan kamera digital dan perakam video digital akan dapat merakam seluruh benda dan peristiwa di dunia. Setiap perkataan tidak perlu lagi menggunakan deskripsi, cukup sekadar memberikan gambar tentang sesuatu perkara.
Harganya semakin murah dan dipindah ke dalam komputer dengan lebih cepat tanpa memerlukan pengimbas ( scanner ).
Animasi
Semua benda dan peristiwa dapat dianimasikan semula. Kita telah melihat filem animasi sepeti Jurassic Park, Toy Story, Planet Of The Ape , Final Fantasy dan lain-lain. Dinosaur dapar dihidupkan semula. Pelayaran Ferdinand Magellan dapat dilakukan semula. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan hidup dan ceria.
Internet
Internet telah menjadikan negara tidak mempunyai sempadan. Setiap warga dunia dapat betrkomunikasi setiap masa dan ketika tanpa bersemuka , lebih kerap, lebih mesra dan lebih murah.
Pengiklanan barangan menjadi semakin mudah , luas , meyakinkan , bertaraf dunia dan banyak pilihan. Pengguna lebih banyak pilihan dan mempunyai maklumat yang cukup untuk membeli sesuatu barangan.
Penjualan barangan dan lelongan barang tidak perlu lagi memerlukan kedai runcit tertentu. Cukup sekadar gudang menyimpan barang. Syarikat hanya perlu menerima pesanan daripada internet, dibayar melalui kad kredit yang terjamin selamat dan dihantar melalui syarikat kurier.
Pemindahan surat dan maklumat lebih murah, cepat dan pantas serta mendapat jawapan atau tindakbalas dalam masa beberapa saat sahaja.
Setiap individu, organisasi malahan apa sahaja boleh memiliki hompej. Hompej merupakan ensklopedia bertaraf dunia. Perkataan hompej tak dapat didefinasikan kerana mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai sumber rujukan, sumber pendiidikan, kamus malahan sumber hiburan.
Sebarang maklumat bertulis , bersuara , grafik malahan apa sahaja dapat dipindahkan melalui internet. Email adalah pemindahan surat elektronik secara global, tanpa sekatan dan sempadan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak perlu lagi datang ke sekolah. Cukup memadai belajar secara jarak jauh dan berinteraksi dari jauh menggunakan internet. Bahan dan contoh pengajaran akan lebih luas dan fakta yang digunakan lebih tepat, bernilai , serta merta dan diketahui daripada tempat sesuatu kejadiaan itu berlaku.
Hubungan antara pihak ibu bapa, pelajar, Pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negari malahan kementerian sendiri menjadi lebih mudah. Sebuah kerajaan tanpa kertas dapat dilaksanakan.
Interaktif
Komputer bukan suatu bahan yang menakutkan . Sebaliknya komputer adalah media yang menyeronokkan. Melalui komputer , suara kita dapat dirakam , disimpan dan dipindahkan kepada orang lain. Kira boleh mendengar radio dan menonton filem melalui komputer dan internet.
Apa yang menarik ialah adanya unsur interaktif dan permainan. Kuiz dapat dilakukan melalui perisian komputer. Markah akan diberi serta merta. Mereka akan mengetahui tahap pencapaian mereka dalam sesuatu pelajaran.
Jika pelajar berasa bosan, mereka boleh memilih permainan bercorak pendidikan, simulasi, permainan bercorak peperangan , penyelesaian masalah dan sebagainya.

0 comments: