THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

waktu malaysia

25 March 2009

Refleksi 4

1)Ketika mula-mula diberitahu bahawa saya dikehendaki menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen- elemen multimedia saya merasa amat terbeban kerana secara jujurnya saya agak cetek ICT. Tetapi perasaan itu hilang apabila pensyarah saya memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah berputus asa memberi sokongan dan kata- kata semangat kepada saya dan rakan- rakan.
Setelah mengikuti beberapa siri kelas, saya berasa sangat teruja kerana telah diperkenalkan dengan banyak perisian yang membantu saya menghasilkan grafik yang menarik dan tidak terfikir pun oleh saya sebelum ini.
Saya merasakan tidak salah pilihan saya memilih subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini kerana apa yang dipelajari di dalamnya sangat bermanfaat kepada saya dan rakan- rakan.

2)Dalam zaman serba canggih ini, adalah perlu bagi seorang guru memiliki kemahiran dalam multimedia apatah lagi dalam penyampaian maklumat.
Dengan adanya projek ini saya merasakan ianya sememangnya akan banyak membantu saya ketika menjalani praktikum nanti. Contohnya sewaktu set induksi. Dengan adanya kemahiran yang diperolehi daripada projek ini banyak kejutan boleh dihasilkan malahan ianya akan lebih membawa pelajar kepada realiti sebenar kehidupan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita akan dapat membantu pelajar mengingati fakta dengan mudah dengan gabungan audio visual yang menarik tetapi tidak terlalu keterlaluan.

3)Pada pandangan saya penilaian berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan) amat sesuai dilakukan dan saya tidak akan menukarkan kaedah ini. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar akan dapat mengetahui dengan mudah tahap pencapaian mereka. Tetapi untuk mengekalkan kaedah ini perlu disediakan satu panduan bagi menentukan tahap yang telah ditetapkan agar pemberian nilai bintang tersebut selari.

0 comments: