THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

waktu malaysia

25 March 2009

Refleksi 3

1) Bagi saya perkara pertama yang perlu ada bagi seorang guru adalah kemahiran menggunakan komputer. Sekiranya perkara asas ini pun masih menjadi masalah kepada seseorang guru maka ianya akan membantutkan keupayaannya untuk meneroka atau mengawal proses pembelajaran secara talian. Saya juga haruslah mengetahui tentang perisian dan peralatan yang digunakan dalam komputer. Saya perlu memahami konsep dan kemahiran asas dalam bidang Multimedia. Aplikasi pembangunan multimedia inilah yang akan membolehkan saya menghasilkan sendiri produk dalam bentuk persembahan, koswer dan web. Selain itu juga saya haruslah menjinakkan diri dengan komunikasi data, konsep rangkaian, server, protokol dalam rangkaian, internet, World Wide Web, penyambungan kabel, teknologi tanpa wayar, konfigurasi dan penyenggaraan rangkaian. Kesimpulannya saya perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagaimana sistem sesebuah komputer beroperasi berdasarkan perisian-perisian operasi tertentu kerana dengan ini saya juga akan menguasai konsep perisian operasi dan penyenggaraan sistem pengoperasian komputer.

2)Jika disebut apakah bahan atau sumber yang perlu ada bagi seorang penyarah atau tutor, saya suka menjadikan apa yang dilakukan oleh pensyarah saya sekarang Encik Azrul Azlan sebagai contoh kepada saya dan rakan-rakan di masa akan datang. Seperti yang kita sedia maklum beliau ada menyediakan nota dalam talian, member panduan bagaimana untuk mendapatkan maklumat dari internet dan juga memperkenalkan beberapa perisian yang menarik seperti snagit. Apa yang menariknya perisian yersebut boleh boleh di muat turun dari internet, e book,e-kamus dan sebagainya. Satu lagi perkara yang perlu ada ialah blog pensyarah atau tutor itu sendiri seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang.Di dalam blog tersebut banyak maklumat mengenai multimedia dimasukkan malah turut terdapat perisian yang menarik. Sistem moodle yang digunakan memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi secara maya samada sesama mereka atau dengan pensyarah itu sendiri. Tanpa disedari dengan cara ini pelajar lebih mudah berinteraksi di antara satu dengan lain malah dengan pensyarah atau tutor itu sendiri.

3)Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di
kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam
aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui
penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta
contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia
telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin
dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT
menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara
sehala sahaja.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru
secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT
terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari
persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.
Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan
pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Manfaat Integrasi ICT di dalam P&P
* Peningkatan kecepatan layanan informasi yang integral, interaktif,
lengkap, akurat dan mudah didapat.
* Memberikan pelayanan data dan informasi pendidikan secara terpadu.
* Menciptakan budaya transparan dan akuntabel.
* Merupakan media promosi pendidikan yang handal.
* Meningkatkan komunikasi dan interaksi baik secara lokal maupun
internasional.
* Mengakses berbagai bahan ajar dari seluruh dunia, dan
* Meningkatkan efisiensi dari berbagai kegiatan pendidikan.

Integrasi ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) di dalam pendidikan
bermakna pelaksanaan dan penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah atau sekolah.
Maka guru haruslah memaksimumkan penggunaan ICT termasuk penggunaan internet, aplikasi
atau perisian tertentu, media telekomunikasi serta peralatan multimedia dan
audiovisual sebagai alat bantu mengajar (ABM) di dalam proses P&P di dalam
kelas.
Melalui penggunaan pelbagai medium ICT sedia ada, seseorang guru dapat
memperkenal serta menyampaikan mesej pengajarannya dengan lebih jelas serta
interaktif.
Misalnya, penggunaan peralatan audiovisual yang memaparkan keindahan alam
semulajadi dapat meningkatkan pemahaman murid tentang subjek berkenaan
dengan lebih berkesan. Cara itu secara tidak langsung telah memberi motivasi
kepada murid untuk mengikuti pengajaran guru.
Kemahiran murid untuk mengendali dan menggunapakai peralatan ICT juga dapat
ditingkatkan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa dunia ketika
ini.
Suasana pembelajaran juga menjadi lebih menarik kerana guru tidak semestinya
sentiasa bersemuka dengan para pelajar. Misalnya, melalui penggunaan blog di
internet. Anak murid seseorang guru boleh menyampaikan pertanyaan mereka di
dalam blog untuk dijawab oleh guru mereka dalam kadar yang segera.
Melalui blog itu juga, guru dapat memberikan lebih banyak ruang untuk anak
muridnya berinteraksi secara maya atau membuat perbincangan, di samping
meluahkan pendapat dan cadangan untuk perkongsian serta komen rakan-rakannya
yang lain. Cara itu juga sebenarnya memberi ruang untuk anak murid bersosial
dan bekerjasama antara satu sama lain. Melalui pelbagai mod seperti mod
penerokaan, aplikasi dan komunikasi ketika menggunakan ICT, juga telah
memberi pelbagai pendedahan kemahiran baru untuk dikembangkan oleh anak
murid.
Misalnya, melalui mod aplikasi, murid dapat memberikan tumpuan kepada
aktiviti pembelajaran serta meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai
aplikasi komputer.
Usaha integrasi ICT, akan menjadikan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif serta menarik. Bagi murid pula, ia mampu meningkatkan kemahiran
kognitif seperti pemahaman, daya penyelesaian masalah serta pemikiran yang
kreatif.
Namun, kita tidak harus leka kerana penyalahgunaan ICT mampu memberi
kemudaratan yang lain. Misalnya, anak murid boleh menjadi terlalu leka
dengan pelbagai teknologi yang digunakan dan kurangnya kawalan daripada guru
itu sendiri.
Mereka juga akan cepat menjadi bosan dengan kaedah P&P cara konvensional
seperti sistem pengajaran sehala dan dua hala (antara guru dan murid) di
dalam kelas terutamanya jika guru yang berkenaan tidak menggunakan sebarang
ABM yang interaktif.
Jika semua ini diambil kira oleh seseorang guru maka rasanya tidak akan wujud masalah dalam mengawal pelajr bukan saj di dalam talian malahan di luar.

0 comments: