THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

waktu malaysia

25 March 2009

Refleksi 5

Sukatan Pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini sangat menarik. Dengan adanya pendedahan tentang multimedia kepada bakal pendidik Pendidikan Islam ianya sangat dapat membantu untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Dengan pengenalan kepada pembelajaran alam maya ini ianya akan dapat memudahkan bakal pendidik untuk menyebarkan maklumat seperti yang dipelajari melalui pengaplikasian Moodle dan mewujudkan blog sendiri.
Selain itu juga penyusunan silibus yang di dalam subjek ini amat bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada pelajar di mana ianya dimulakan dengan tahap rendah kepada yang lebih sukar. Jadi dengan cara kemampuan pelajar akan dapat dinilai.
Perlaksanaan sistem forum atau diskusi di alam maya juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pensyarah tidak kira masa atau di mana saja.
Cuma di masa akan datang adalah molek kiranya disediakan buku rujukan atau buku teks bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.

0 comments: